Thursday, 18 December 2014

KUNING

Kuning merupakan warna kegemaran aku... walaupun kuning merupakan warna yang terang namun itu bukan halang untuk aku tidak menyukai warna ini.
Warna ini terang dan riang yang sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan keamanan, ia juga melambangkan kerabat diraja terutamanya di bahagian asia tenggara.
Ada pelbagai warna kuning antaranya ialah kuning air, kuning gading, kuning langsat, kuning pisang masak, kuning muda dan kuning tua.
Warna ini bukanlah warna yang aku minat sejak kecil lagi, tapi apa boleh buat, warna ini macam ada jodoh dengan aku.
JODOH??.. em... ceritanya aku juga macm yang lain, warna ini kan terang. aku indak suka menyerlah, tapi entah kenapa sejak dari kecil lagi aku akan sering dapat yang kuning sahaja. Contohnya, rumah sukan kuning, bilik warna kuning, alatan sekolah kuning, dan macam-macm lagi lah....
So start dari itu lah aku mulai menjiwai kuning sebagai warna pilihan... Ok sekarang aku obses dengan warna ini..
Kalau boleh semua pakaian yang ada unsur kuning aku beli, kasut kuning mesti comel ja aku tengok, yang kuning-kuning aku cari, kalau tak ada baru aku cari warna kedua coklet, kalau tak ada jugak oren pun boleh.

Nak tahu tak? kuning pada zaman dahulu, hanya golongan diraja sahaja yang boleh pakainya, terutamanya di negara China. sedangkan seorang Maharaja lagenda China yang pertama digelar 'Maharaja Kuning' atau 'Huang Di'. dahulu juga seorang ratu terakhir nagara Patani juga dikenali sebagai 'Ratu Kuning' atau nana Thailandnya 'Phra Nang Chao Ying'.

Ada peribahasa dahulu meyatakan tenteng warna ini. dikongsikanlah;
  • "Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang" bermakna mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian.
  • "Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan" bermakna mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu lagi, keuntungan kecil yang telah pasti dilepaskan.

  • Dalam budaya Arab, adalah frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat". Senyuman kuning digunakan apabila dia itu kurang minat, ketakutan, ataun ingin berahsia. kekadang juga digunakan sebagai jenaka, melalui senjaga membuat "senyuman dibuat-buat" sewaktu seseorang menceritakan jenaka yang tak lucu atau jenaka yang banyak kali diulang, atau mahu buat orang lain ketawa terhadap sesuatu yang tidak lucu. Sering juga aku senyuman kuning nie terutamanya jaga hati kawan dan orang tua.

    Terdapat juga frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sewaktu anda tidak berasa sesuatu jenaka yang diceritakan adalah lucu, atau sewaktu jenaka itu ditujui terhadap anda @ anda sedang disindir...

    well, banyak juga info aku jumpa kan semua ini dari 'tanya lah mr.google'.. semua ini menarik untuk dikongsi dengan kawan semua... ok... krik-krik-krik.... Ok bye..

    Monday, 15 December 2014

    CEMBURU

    Cemburu sememangnya satu perasaan yang wajib kita rasai sebagai seorang manusia yang normal. Cemburu akan kita rasai apabila orang lain mendapat lebih daripada kita. Malah cemburu juga bolah terjadi pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
              Orang kata “cemburu tanda sayang”, benarkah?.
    Cemburu merupakan fikiran negatif dan perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, ini merujuk pada hubungan manusia. Cemburu juga gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat.
              Setiap manusia merasa cemburu, begitu juga aku. Kadang-kala cemburu itu datang tanpa diundang. Bukan kita mahu, tapi apabila seseorang itu lebih daripada kita maka kita akan cemburu.
              Secara jujurnya, setiap hari aku merasa cemburu. Tapi cemburu itu tidak boleh dilayan tiap masa. Kalau layan alamatnya rugi la kita….
              Ada satu ketika, aku cemburu pada kawan baik sendiri. Sebabnya dia lebihkan orang lain daripada aku. Antaranya dia berahsia tentang masalahnya tapi kawan lain sudah tahu. Sedih itu cemburu…
              Ada juga kisah saat dulu, apabila kawan sebelah meja menangis dan kawan-kawan yang lain memujuk. Lihat perhatian yang diberikan kepadanya, rasa seperti ingin nangis juga seperti dia… ingin perhatian itulah cemburu.
              Kisah ini pula pada terjadi saat makan bersama rakan beramai-ramai. Saat itu main permainan botol. Dendanya, sesiapa yang kena pada muncung mulut botol akan menjawap soalan yang diberikan dengan jujur. Permainan ini mudah. Sedang merasa seronok. Adalah seorang kawan lelaki ini tiba gilirannya. Soalannya “siapakah yang anda suka?”. Pemuda itu menjawab sambil berteka-teki. Sedang dia berikan jawapan. Hati melompat ingin nama sendiri yang disebut tapi itu hanya hayalan… angan itu menjemput cemburu.
              Biasalah setiap orang ada perasaan cemburu. Tapi benar, saat kita dicemburui oleh orang lain secara melampau, saat itu kita ingin melompat dari jendela (acah jak). Tapi sesiapa yang perna merasa perasaan ini, pasti faham apa yang aku cuba sampaikan.
              Saat itu, kita seolah-olah merasa diawang-awangan secara nyata!. Merasa jelingannya, tangisnya, tawanya dan segala perlakuannya, semuanya sangat menakutkan!. Betul…. Extreammm….. cemburu itu menakutkan.

    Tapi ini semua perlakuan normallah. Siapa yang tidak perna merasa cemburu? Angkat kaki. Hehehee.. silap-silap kening anda yang terangkat… ok baiklah… kopi-kopi dulu, k bye. Jangan jeles…..