Thursday, 18 December 2014

KUNING

Kuning merupakan warna kegemaran aku... walaupun kuning merupakan warna yang terang namun itu bukan halang untuk aku tidak menyukai warna ini.
Warna ini terang dan riang yang sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan keamanan, ia juga melambangkan kerabat diraja terutamanya di bahagian asia tenggara.
Ada pelbagai warna kuning antaranya ialah kuning air, kuning gading, kuning langsat, kuning pisang masak, kuning muda dan kuning tua.
Warna ini bukanlah warna yang aku minat sejak kecil lagi, tapi apa boleh buat, warna ini macam ada jodoh dengan aku.
JODOH??.. em... ceritanya aku juga macm yang lain, warna ini kan terang. aku indak suka menyerlah, tapi entah kenapa sejak dari kecil lagi aku akan sering dapat yang kuning sahaja. Contohnya, rumah sukan kuning, bilik warna kuning, alatan sekolah kuning, dan macam-macm lagi lah....
So start dari itu lah aku mulai menjiwai kuning sebagai warna pilihan... Ok sekarang aku obses dengan warna ini..
Kalau boleh semua pakaian yang ada unsur kuning aku beli, kasut kuning mesti comel ja aku tengok, yang kuning-kuning aku cari, kalau tak ada baru aku cari warna kedua coklet, kalau tak ada jugak oren pun boleh.

Nak tahu tak? kuning pada zaman dahulu, hanya golongan diraja sahaja yang boleh pakainya, terutamanya di negara China. sedangkan seorang Maharaja lagenda China yang pertama digelar 'Maharaja Kuning' atau 'Huang Di'. dahulu juga seorang ratu terakhir nagara Patani juga dikenali sebagai 'Ratu Kuning' atau nana Thailandnya 'Phra Nang Chao Ying'.

Ada peribahasa dahulu meyatakan tenteng warna ini. dikongsikanlah;
  • "Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang" bermakna mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian.
  • "Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan" bermakna mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu lagi, keuntungan kecil yang telah pasti dilepaskan.

  • Dalam budaya Arab, adalah frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat". Senyuman kuning digunakan apabila dia itu kurang minat, ketakutan, ataun ingin berahsia. kekadang juga digunakan sebagai jenaka, melalui senjaga membuat "senyuman dibuat-buat" sewaktu seseorang menceritakan jenaka yang tak lucu atau jenaka yang banyak kali diulang, atau mahu buat orang lain ketawa terhadap sesuatu yang tidak lucu. Sering juga aku senyuman kuning nie terutamanya jaga hati kawan dan orang tua.

    Terdapat juga frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sewaktu anda tidak berasa sesuatu jenaka yang diceritakan adalah lucu, atau sewaktu jenaka itu ditujui terhadap anda @ anda sedang disindir...

    well, banyak juga info aku jumpa kan semua ini dari 'tanya lah mr.google'.. semua ini menarik untuk dikongsi dengan kawan semua... ok... krik-krik-krik.... Ok bye..

    Monday, 15 December 2014

    CEMBURU

    Cemburu sememangnya satu perasaan yang wajib kita rasai sebagai seorang manusia yang normal. Cemburu akan kita rasai apabila orang lain mendapat lebih daripada kita. Malah cemburu juga bolah terjadi pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
              Orang kata “cemburu tanda sayang”, benarkah?.
    Cemburu merupakan fikiran negatif dan perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, ini merujuk pada hubungan manusia. Cemburu juga gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat.
              Setiap manusia merasa cemburu, begitu juga aku. Kadang-kala cemburu itu datang tanpa diundang. Bukan kita mahu, tapi apabila seseorang itu lebih daripada kita maka kita akan cemburu.
              Secara jujurnya, setiap hari aku merasa cemburu. Tapi cemburu itu tidak boleh dilayan tiap masa. Kalau layan alamatnya rugi la kita….
              Ada satu ketika, aku cemburu pada kawan baik sendiri. Sebabnya dia lebihkan orang lain daripada aku. Antaranya dia berahsia tentang masalahnya tapi kawan lain sudah tahu. Sedih itu cemburu…
              Ada juga kisah saat dulu, apabila kawan sebelah meja menangis dan kawan-kawan yang lain memujuk. Lihat perhatian yang diberikan kepadanya, rasa seperti ingin nangis juga seperti dia… ingin perhatian itulah cemburu.
              Kisah ini pula pada terjadi saat makan bersama rakan beramai-ramai. Saat itu main permainan botol. Dendanya, sesiapa yang kena pada muncung mulut botol akan menjawap soalan yang diberikan dengan jujur. Permainan ini mudah. Sedang merasa seronok. Adalah seorang kawan lelaki ini tiba gilirannya. Soalannya “siapakah yang anda suka?”. Pemuda itu menjawab sambil berteka-teki. Sedang dia berikan jawapan. Hati melompat ingin nama sendiri yang disebut tapi itu hanya hayalan… angan itu menjemput cemburu.
              Biasalah setiap orang ada perasaan cemburu. Tapi benar, saat kita dicemburui oleh orang lain secara melampau, saat itu kita ingin melompat dari jendela (acah jak). Tapi sesiapa yang perna merasa perasaan ini, pasti faham apa yang aku cuba sampaikan.
              Saat itu, kita seolah-olah merasa diawang-awangan secara nyata!. Merasa jelingannya, tangisnya, tawanya dan segala perlakuannya, semuanya sangat menakutkan!. Betul…. Extreammm….. cemburu itu menakutkan.

    Tapi ini semua perlakuan normallah. Siapa yang tidak perna merasa cemburu? Angkat kaki. Hehehee.. silap-silap kening anda yang terangkat… ok baiklah… kopi-kopi dulu, k bye. Jangan jeles…..

    Wednesday, 26 November 2014

    BABY CA

    Buat pertama kalinya aku menyayangi sesuatu dengan dalam. Bagi orang lain ya mungkin aku gila, tapi ini memang sesuatu yang menggilakan.
    BABY CA adalah anugerah dari ilahi yang paling best perna aku dapat. Memang banyak keistemewaan yang Allah S.W.T bagi kat aku dan aku bersyukur…Namun kali ini memiliki Baby Ca adalah yang paling terbaik lah. Heheheh..
              Setiap manusia pasti tidak perna sabar untuk sesuatu yang dididamkan kan? Begitu juga aku. Aku ingin semua orang tahu apa yang aku rasa, lihat, sentuh termasuklah perasaan ku. Bukan kesedihan yang aku mau kongsikan, cukup apa-apa benda yang seronok aku rasa aku perlu bagi dunia tahu.
              Setiap keseronokan yang aku rasa pasti aku ingin kongsikan kerana setiap senyuman yang aku ukir aku harap ada insan yang diluar sana yang bahagia dan tersenyum kembali. Bukankah senyuman itu satu sedekah?
              Aku sedikit merasa takut untuk luahkan apa yang aku rasa namun sejak tahun kebelakangan ini, aku mulai merasa yang aku perlu melihat dunia dengan cara aku sendiri. Dengan itu aku curi prinsip ini “kalau bukan aku siapa lagi?, kalau bukan sekarang bila lagi? Hidup hanya sekali, ini kali pasti!".
              Dari itu aku mulai mengukir kenangan aku sendiri serta mencari apa yang aku inginkan. Aku bukan seorang yang punya cita-cita, tapi aku punya impian yang paling besar dalam hidup ini. Aku ingin MENJADI KAYA…
              Itu impian yang paling besar, dan tiap hari aku akan ada perkara yang aku ingin capai tiap masa. Aku jenis yang merancang secara awangan, tapi rancangan itu akan mudah berubah mengikut masa dan mood aku.
              Kembali dengan cerita Baby Ca, benda ini adalah kesayangan aku. Aku nak kongsikan perasaan aku melalui apa-apa medium. Gambar adalah salah satunya. Sejak dahulu lagi aku memang minat dengan sesi photografi. Biasanya gambar yang aku ambil aku akan cuba masukkan cerita tapi mesti gagal sebab gambar yang aku ambil mesti tak best.
              Mungkin sebab aku guna kemera telefon kot?. Aku tidak puas hati. Sakit hati apabila benda yang cantik tidak dapat aku zahirkan seperti yang aku mahu.
              Namun aku bersyukur sebab aku ambil program komonikasi dan aku kena ambil khursus komunikasi foto. Bahagia bukan main apabila pensyarah suruh beli kemera…
              Bukan main aku pujuk mama dan papa aku.heheh… dapatlah penambah kertas dalam dompet nie. Bukan menyusakan mak dan bapak, tapi cikit ja. Bila lagi kan aku mau dapatkan benda nie. Malu tak kot, mama dan papa aku sayang la aku walaupun aku anak sulung. Hehehe…
    Duit pinjaman PTPTN aku guna, makan pasir juga la satu semester nie. Mungkin orang kata aku ini budak yang berlagak kaya. Memang aku miskin, dan aku tidak suka susakan orang lain terutama mama dan papa aku. Lagipun setengah harga aku berkerja sambilan sementara. Biarlah apa orang kata, kita takkan kemana kalau asik nak ikut kata orang saja.
    Sebagai pelajar duit memang keutamaan itu sebab aku mau jadi ‘kaya’… cikit duit tapi kaya kasih dan sayang. Dengan harga yang ditawar oleh pensyarah kami sendiri harga Baby Ca terkurang lah. Apa lagi kes mampu milik takkan mahu lepaskan.
    Terketar tangan juga apabila memegang tunai yang sedikit tebal. Tapi tangan tambah terketar apabila menyambut kelahiran Baby Ca dari tangan penjualnya.
    Bermulah lah episode Baby Ca sebagai ‘Baby new born’ aku. Sejak hari itu mana perna aku tidak merasa gembira andai idaman kalbu berada di tangan kan?.
    Seminggu kemudian aku balik kampung. Saat mama dan papa melihat ‘cucu’ mereka yang pertama… heheheh.. mama dan papa happy jak.
    Suka tengok mama dan papa tidak marah. Selama ini aku sudah buat yang terbaik untuk menjadi anak dan kakak dalam keluarga aku. Sedih sebenarnya melihat senyuman papa yang penat mencari sesuap nasi dan mama menyuap makanan kepada kami.
    Aku nak bagi sesuatu yang besar pada mereka kelak… impian ini sudah lama tapi belum berkarat lagi… aku harap dengan aku di sini aku dapat segulung ijazah dan dapatlah meningkatkan nombor dalam akaun mereka apabila aku kerja kelak. Dan aku nak bagi sebiji rumah bangle kepada mereka… dan aku jaji akan jadi anak yang sentiasa taat dan solehah, insyallah.
    Setiap ketik gambar aku ambil saat berada di kampung. Bestnya bukan main, mama siap suruh aku ambil segala pokok buah yang tumbuh di halaman. Papapun nak tumpang sekaki dengan memperagakan ayam dan burung merpati peliharaannya.
    Petang itu begitu seronok dengan mama dan papa. Baby Ca adalah salah satu benda yang aku dapat dengan susah namun, ianya juga adalah tali baru yang menghubungkan aku dengan mama dan papa ku.


    Monday, 27 October 2014

    KELUARGA

    Sepi. Ya itu aku rasa apabila diri berada di jauhan, bukan kehendak namun terpaksa. Aku rindu pada keluarga yang jauh. Saat-saat kenangan yang manis menjelma meyingkap tubir mata, semua indah belaka. waktu itu bagai dunia turut menari bersama. Ketawa keriangan bagai waktu berputar terhenti menikmati saat itu. Adik berlari-lari bermain di tengah halaman luas tanpa penat mengejar bola bersama abang. atok dan nenek bermesra di bawah pohon mempelam, juadah ibu sedap terhidang, ketawa ayah menerjah awan. Semuanya begitu indah meyerbuh ingatan. Tidak lupa pada pondok usang yang tersergam indah walaupun lama namun ianya yang menjadi pelindung bertahun lamanya. tidak sabar untuk kembali menerjah ingatan di halaman dan rumah usang itu lagi...

    SAHABAT

    Sememangnya tidak diduga apabila setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita berubah tiba-tiba. Kadang kala perubahan itu adalah baik tapi kekadang ianya juga membawa perkara yang tidak baik. Alangkah indahnya apabila memperolehi sahabat disisi. Bukan semua ku pinta andai ada sahabat yang dulu rapat kini jauh dari jangkauan. Aku paham semua ada kepentingan dalam hidup masing-masing dan tidak perna ada yang kekal. Namun setiap saat aku harungi adalah ku pinta andai ada jua yang disisi menemani dalam senyum mahupun sedih. Walaupun ada masanya aku jua melakukan kesalahan namun itu semua bukanlah suatu permainan yang sengaja ku atur. Maafkan aku sahabat andai ada kedukaan dan kelukaan sewaktu bersama ku. andai ada waktu dan ruang akan jua aku mencari dan tercari sahabat sekalian, pasti itu pun yang kalian lakukan padaku. Ingatanku pada kalian sentiasa bermain dalam ingatan dan menjadi memori indah buatku selamanya.