Buat pertama kalinya aku menyayangi sesuatu dengan dalam. Bagi orang
lain ya mungkin aku gila, tapi ini memang sesuatu yang menggilakan.
BABY CA adalah anugerah dari ilahi yang paling best perna aku
dapat. Memang banyak keistemewaan yang Allah S.W.T bagi kat aku dan aku
bersyukur…Namun kali ini memiliki Baby Ca adalah yang paling terbaik lah. Heheheh..
Setiap manusia pasti tidak perna sabar
untuk sesuatu yang dididamkan kan? Begitu juga aku. Aku ingin semua orang tahu
apa yang aku rasa, lihat, sentuh termasuklah perasaan ku. Bukan kesedihan yang
aku mau kongsikan, cukup apa-apa benda yang seronok aku rasa aku perlu bagi
dunia tahu.
Setiap keseronokan yang aku rasa pasti
aku ingin kongsikan kerana setiap senyuman yang aku ukir aku harap ada insan
yang diluar sana yang bahagia dan tersenyum kembali. Bukankah senyuman itu satu
sedekah?
Aku sedikit merasa takut untuk luahkan
apa yang aku rasa namun sejak tahun kebelakangan ini, aku mulai merasa yang aku
perlu melihat dunia dengan cara aku sendiri. Dengan itu aku curi prinsip ini “kalau
bukan aku siapa lagi?, kalau bukan sekarang bila lagi? Hidup hanya sekali, ini
kali pasti!".
Dari itu aku mulai mengukir kenangan
aku sendiri serta mencari apa yang aku inginkan. Aku bukan seorang yang punya
cita-cita, tapi aku punya impian yang paling besar dalam hidup ini. Aku ingin
MENJADI KAYA…
Itu impian yang paling besar, dan tiap
hari aku akan ada perkara yang aku ingin capai tiap masa. Aku jenis yang
merancang secara awangan, tapi rancangan itu akan mudah berubah mengikut masa
dan mood aku.
Kembali dengan cerita Baby Ca, benda
ini adalah kesayangan aku. Aku nak kongsikan perasaan aku melalui apa-apa
medium. Gambar adalah salah satunya. Sejak dahulu lagi aku memang minat dengan
sesi photografi. Biasanya gambar yang aku ambil aku akan cuba masukkan cerita
tapi mesti gagal sebab gambar yang aku ambil mesti tak best.
Mungkin sebab aku guna kemera telefon
kot?. Aku tidak puas hati. Sakit hati apabila benda yang cantik tidak dapat aku
zahirkan seperti yang aku mahu.
Namun aku bersyukur sebab aku ambil
program komonikasi dan aku kena ambil khursus komunikasi foto. Bahagia bukan
main apabila pensyarah suruh beli kemera…
Bukan main aku pujuk mama dan papa
aku.heheh… dapatlah penambah kertas dalam dompet nie. Bukan menyusakan mak dan
bapak, tapi cikit ja. Bila lagi kan aku mau dapatkan benda nie. Malu tak kot,
mama dan papa aku sayang la aku walaupun aku anak sulung. Hehehe…
Duit pinjaman PTPTN aku guna, makan pasir juga la satu semester
nie. Mungkin orang kata aku ini budak yang berlagak kaya. Memang aku miskin,
dan aku tidak suka susakan orang lain terutama mama dan papa aku. Lagipun setengah
harga aku berkerja sambilan sementara. Biarlah apa orang kata, kita takkan
kemana kalau asik nak ikut kata orang saja.
Sebagai pelajar duit memang keutamaan itu sebab aku mau jadi ‘kaya’…
cikit duit tapi kaya kasih dan sayang. Dengan harga yang ditawar oleh pensyarah
kami sendiri harga Baby Ca terkurang lah. Apa lagi kes mampu milik takkan mahu
lepaskan.
Terketar tangan juga apabila memegang tunai yang sedikit tebal. Tapi
tangan tambah terketar apabila menyambut kelahiran Baby Ca dari tangan
penjualnya.
Bermulah lah episode Baby Ca sebagai ‘Baby new born’ aku. Sejak hari
itu mana perna aku tidak merasa gembira andai idaman kalbu berada di tangan
kan?.
Seminggu kemudian aku balik kampung. Saat mama dan papa melihat ‘cucu’
mereka yang pertama… heheheh.. mama dan papa happy jak.
Suka tengok mama dan papa tidak marah. Selama ini aku sudah buat
yang terbaik untuk menjadi anak dan kakak dalam keluarga aku. Sedih sebenarnya
melihat senyuman papa yang penat mencari sesuap nasi dan mama menyuap makanan
kepada kami.
Aku nak bagi sesuatu yang besar pada mereka kelak… impian ini
sudah lama tapi belum berkarat lagi… aku harap dengan aku di sini aku dapat
segulung ijazah dan dapatlah meningkatkan nombor dalam akaun mereka apabila aku
kerja kelak. Dan aku nak bagi sebiji rumah bangle kepada mereka… dan aku jaji
akan jadi anak yang sentiasa taat dan solehah, insyallah.
Setiap ketik gambar aku ambil saat berada di kampung. Bestnya bukan
main, mama siap suruh aku ambil segala pokok buah yang tumbuh di halaman. Papapun
nak tumpang sekaki dengan memperagakan ayam dan burung merpati peliharaannya.
Petang itu begitu seronok dengan mama dan papa. Baby Ca adalah
salah satu benda yang aku dapat dengan susah namun, ianya juga adalah tali baru
yang menghubungkan aku dengan mama dan papa ku.
amin~ semoga jadi anak yang solehah & berjaya dalam pelajaran.. tahniah atas kelahiran baby ca mu.. :)
ReplyDelete