Keindahan
pada pagi jelas terpancar sewaktu tingkap disingkap dari arah dalam. Cahaya
bilik yang tadinya kelam bertukar cerah apabila cahaya pagi berlumba-lumba
memasuki kamar hostel yang dihuni bersama oleh empat remaja tahun pertama.
Kelihatan seorang gadis berbaju tidur berwarna hijau bercorak snoopy sedang
duduk di meja belajar sambil mengetik-getik punat-punat telefon. Ketika cahaya
menyilau memesuki ruang bilik, dia sempat mengecilkan matanya tanda silauan
cahaya menusuk metanya. Seorang gadis lagi yang tadinya membuka tingkap pula
dilihat kini sudah kembali kearah katil, dia seterusnya mencapai selimut lalu
mengemasnya.
“jam berapa sekarang santi?” Tanya
gadis yang sedang melipat dengan pakaian tidur bercorak Winnie the Pooh yang
berwarna ungu.
“jam lapan,sue.” Tanpa menoleh gadis
yang tadinya dipanggil santi itu menjawap.
“jam berapa kita mahu jalan nie?”
Tanya sue yang kini sudah selesai dengan kerja mengemas katil. Begitulah rutin
seorang pelajar tanpa mengharapkan orang lain kena belajar berdikari
terutamanya saat kini yang jauh dari ahli keluarga masing-masing.
“entah, diorang itu belum bangun.”
Lapor santi
“kau kasi bangun c-hada, aku kasi
bangun c-ayu.” Tanpa menungu sikit masa lagi, gadis berbaju ungu itu segera
mengejutkan gadis yang bernama ayu yang sedang nenyak tidur.
“ayu, bangun” kejutnya dengan
perlahan. Namun ayu yang memang terkenal dengan tidur matinya itu sangat sukar
untuk dibangunkan.
“hada, bangun” santi yang madih
duduk cuba menggerakkan tubuh hada yang tidak sampai semeter jauh darinya. Hada
yang berpakaian tidur yang sama jenisnya dikalangan mereka pula bercorak miniey
berwarna biru itu memang mudah untuk dikejutkan sudah membulatkan matanya. Lain
pula kisahnya dari ayu kini masih tidur.
“ayu bangunlah jam lapan sudah, jom
jalan.” Dengan perlahan-lahan ayu mengeliat sedikit, itu adalah tanda dia masih
belum sedar sepenuhnya. “ayu, bangun!” dengan suara yang agak dikuatkan sedikit
dengan harapan gadis yang berbaju merah bercorak mikey itu bertapak di bumi
nyata kembali dari peraduan yang panjang. Siapa sangka, akhirnya Ayu berjaya
membuka matanya sambil menganguk kecil manandakan dia sudah bangun.
Gadis yang berbaju ungu itu kemudian
mencapai tuala sambil melangkah kearah bilik air yang terletak berhadapan
dengan pintu bilik mereka. Dia kemudian
diikuti oleh santi, ayu dan hada.
Pagi yang harmoni itu jelas
terpancar sekali lagi. Persahabatan, kasih-sayang dan harapan telah dilemparkan
oleh keempat-empat gadis yang berlainan latar belakang dalam persahabatan yang
mereka bina. Segalanya bermula pada hari bulan keramat iaitu pada satu
September tahun dua ribu tiga belas. Ketika itu ramai pelajar baharu yang mulai
mendaftar setelah bertungkus-lumus
belajar demi menempatkan diri dalan university yang tercantik di asia ini.
Diantara ramai pelajar yang datang,
antaranya adalah empat gadis yang berjodoh kerana telah ditempatkan dalam bilik
yang sama. Angkah kod yang terpapar pada skrin computer sewaktu pendaftaran
kemasukan on-line ternyata telah menjadi tali pengikat bagi mereka. Kod
A3-02-05-01, University Malaysia Sabah.
Individu yang pertama sampai dalam
bilik satu rumah lima ini ialah Suhaima atau lebih dikenali sebagai sue. Sue
merupakan gadis kelahiran sabah yang berasal dari daerah Beluran yang jaraknya
dari kota kinabalu kira-kira enam jam. Sue merupakan anak sulung daripada empat
orang adik-beradik, keadaan ini menjadikannya memegang jawatan sebagai ketua
bilik lima. Sue juga sering berkelakuan seperti seorang ibu kepada ahli bilik
yang lain. Ketawa dan makan merupakan hobinya yang paling penting sekali.
Sehinggakan tiba masa makan, sue adalah orang yang paling rajin sekali untuk
turun dan memilih makanan yang ingin dibeli. Selain itu, sue juga merupakan
seorang yang sangat suka bercakap oleh itu bidang komunikasi merupakan kos yang
paling tepat dengan dirinya ini.
Individu kedua yang sampai ialah
seorang gadis yang memakai tudung bidang enam puluh. Walaupun bagitu, dia yang
bernama Siti Nurhada atau dipanggil hada merupakan seorang yang berperwatakan
agak brutal sedikit. Dengan susuk tubuh yang tinggi menjadikannya orang kuat
rumah. Namun begitu, hada merupakan seorang yang sangat lembut hatinya, dia
mudah menangis walaupun dia menahannya namun itulah yang menjadikannya seorang
yang sangat teristemewa dalam bilik ini. Anak gadis kelahiran perak ini, amat
sukakan bidang nombor. Keadaan ini juga yang menjadikan kos metematik ekonomi
sebagai didangnya di UMS ini. Hada berperanan sebagai bendahari bagi rumah lima.
Hada juga merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik.
Individu yang seterusnya tiba ialah
suzanti atau dipanggil santi. Santi juga merupakan gadis kelahiran Sabah iaitu
dari daerah tenom yang kini bermastautin di daerah telupid yang mengambil masa
lima jam dari kota kinabalu. Santi merupakan individu yang baik hati, peramah
dan bertimbang-rasa orangnya. Dia mengambil kos sains sukan di UMS ini.
Walaupun santi bukanlah seorang atlet, namun ciri seorang atlet itu ada padanya
iaitu semangat yang kuat dan pantang menyerah. Santi merupakan anak ke –tiga
daripada enam orang adik-beradik. Senyuman yang paling manis adalah milik gadis
ini. Telefon merupakan harta yang paling penting dalam hidupnya. Kerahmahan gadis
ini adalah amat nyata sekali terutama sikap yang berterus-terang itu semua
merupakan identity gadis ini. Shopping merupakan hobinya sehinggakan satiap
kali keluar sama ada ke 1B ataupun ke Bandar Kota Kinabalu, pasti pakaian dan
kasut merupakan barangan yang dicarinya.
Pada hari kedua pendaftaran, Mas Ayu
merupakan penghuni terakhir yang sampai. Ayu merupakan anak kelahiran
Terengganu ini, pada awalnya merupakan seorang yang pendiam namun dia
sebenarnya merupakan seorang yang agak manja dan berterus_terang adalah dia.
Bidang yang menjadi hidupnya di UMS ini ialah bidang geologi. Kajian yang
paling penting dalan kosnya ini ialah kajian mengenai batu dan bentuk muka
bumi. Ini secara tidak langsung mengambarkan sifatnya yang seperti batu dalam
kata yang lain, kukuh dan kental. Ayu merupakan seorang gadis yang sangat
kental dan kuat sabarnya. Walaupun manja, namun dia seorang yang sangat
berdikari. Ayu mementingkan akan kesihatan diri terutamanya dalam aspek
pemakanan. Dia juga merupakan seorang yang sangat ceria dan paling bersemangat
sekali terutama dalam melakukan perkara-perkara yang baru. Anak ketiga daripada
lima orang adik-beradik.
Pada awal pertemuan ini, keempat-empat mereka merupakan
individu yang sangat jauh dan masing-masing membuat hal dan perangai
masing-masing. Namun keadaan ini berubah setelah masa yang diatur berjalan demi
mengikat tali persahabatan ini. Persahabatan yang terjaling tidak berapa lama
kemudian menjadikan mereka sebagai sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.
Perkongsian kehidupan, cerita, duka dan gembira menjadikan bilik satu, rumah
lima ini sebagai sebuah tempat yang layak dipanggil rumah seperti rumah
sendiri. Kenangan demi kenangan tercipta hasil daripada perkongsian kehidupan
ini. Dalam mengejar sebuah gelaran gaduan yang Berjaya, masing-masing berusaha
dan terus berusaha dalam mencari sebuah kehidupan di masa hadapan...