Saturday, 3 January 2015

CERITA SUATU KETIKA DULU

Keindahan pada pagi jelas terpancar sewaktu tingkap disingkap dari arah dalam. Cahaya bilik yang tadinya kelam bertukar cerah apabila cahaya pagi berlumba-lumba memasuki kamar hostel yang dihuni bersama oleh empat remaja tahun pertama. Kelihatan seorang gadis berbaju tidur berwarna hijau bercorak snoopy sedang duduk di meja belajar sambil mengetik-getik punat-punat telefon. Ketika cahaya menyilau memesuki ruang bilik, dia sempat mengecilkan matanya tanda silauan cahaya menusuk metanya. Seorang gadis lagi yang tadinya membuka tingkap pula dilihat kini sudah kembali kearah katil, dia seterusnya mencapai selimut lalu mengemasnya.
            “jam berapa sekarang santi?” Tanya gadis yang sedang melipat dengan pakaian tidur bercorak Winnie the Pooh yang berwarna ungu.
            “jam lapan,sue.” Tanpa menoleh gadis yang tadinya dipanggil santi itu menjawap.
            “jam berapa kita mahu jalan nie?” Tanya sue yang kini sudah selesai dengan kerja mengemas katil. Begitulah rutin seorang pelajar tanpa mengharapkan orang lain kena belajar berdikari terutamanya saat kini yang jauh dari ahli keluarga masing-masing.
            “entah, diorang itu belum bangun.” Lapor santi
            “kau kasi bangun c-hada, aku kasi bangun c-ayu.” Tanpa menungu sikit masa lagi, gadis berbaju ungu itu segera mengejutkan gadis yang bernama ayu yang sedang nenyak tidur.
            “ayu, bangun” kejutnya dengan perlahan. Namun ayu yang memang terkenal dengan tidur matinya itu sangat sukar untuk dibangunkan.
            “hada, bangun” santi yang madih duduk cuba menggerakkan tubuh hada yang tidak sampai semeter jauh darinya. Hada yang berpakaian tidur yang sama jenisnya dikalangan mereka pula bercorak miniey berwarna biru itu memang mudah untuk dikejutkan sudah membulatkan matanya. Lain pula kisahnya dari ayu kini masih tidur.
            “ayu bangunlah jam lapan sudah, jom jalan.” Dengan perlahan-lahan ayu mengeliat sedikit, itu adalah tanda dia masih belum sedar sepenuhnya. “ayu, bangun!” dengan suara yang agak dikuatkan sedikit dengan harapan gadis yang berbaju merah bercorak mikey itu bertapak di bumi nyata kembali dari peraduan yang panjang. Siapa sangka, akhirnya Ayu berjaya membuka matanya sambil menganguk kecil manandakan dia sudah bangun.
            Gadis yang berbaju ungu itu kemudian mencapai tuala sambil melangkah kearah bilik air yang terletak berhadapan dengan pintu bilik  mereka. Dia kemudian diikuti oleh santi, ayu dan hada.
            Pagi yang harmoni itu jelas terpancar sekali lagi. Persahabatan, kasih-sayang dan harapan telah dilemparkan oleh keempat-empat gadis yang berlainan latar belakang dalam persahabatan yang mereka bina. Segalanya bermula pada hari bulan keramat iaitu pada satu September tahun dua ribu tiga belas. Ketika itu ramai pelajar baharu yang mulai mendaftar setelah  bertungkus-lumus belajar demi menempatkan diri dalan university yang tercantik di asia ini.
            Diantara ramai pelajar yang datang, antaranya adalah empat gadis yang berjodoh kerana telah ditempatkan dalam bilik yang sama. Angkah kod yang terpapar pada skrin computer sewaktu pendaftaran kemasukan on-line ternyata telah menjadi tali pengikat bagi mereka. Kod A3-02-05-01, University Malaysia Sabah.
            Individu yang pertama sampai dalam bilik satu rumah lima ini ialah Suhaima atau lebih dikenali sebagai sue. Sue merupakan gadis kelahiran sabah yang berasal dari daerah Beluran yang jaraknya dari kota kinabalu kira-kira enam jam. Sue merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik, keadaan ini menjadikannya memegang jawatan sebagai ketua bilik lima. Sue juga sering berkelakuan seperti seorang ibu kepada ahli bilik yang lain. Ketawa dan makan merupakan hobinya yang paling penting sekali. Sehinggakan tiba masa makan, sue adalah orang yang paling rajin sekali untuk turun dan memilih makanan yang ingin dibeli. Selain itu, sue juga merupakan seorang yang sangat suka bercakap oleh itu bidang komunikasi merupakan kos yang paling tepat dengan dirinya ini.
            Individu kedua yang sampai ialah seorang gadis yang memakai tudung bidang enam puluh. Walaupun bagitu, dia yang bernama Siti Nurhada atau dipanggil hada merupakan seorang yang berperwatakan agak brutal sedikit. Dengan susuk tubuh yang tinggi menjadikannya orang kuat rumah. Namun begitu, hada merupakan seorang yang sangat lembut hatinya, dia mudah menangis walaupun dia menahannya namun itulah yang menjadikannya seorang yang sangat teristemewa dalam bilik ini. Anak gadis kelahiran perak ini, amat sukakan bidang nombor. Keadaan ini juga yang menjadikan kos metematik ekonomi sebagai didangnya di UMS ini. Hada berperanan sebagai bendahari bagi rumah lima. Hada juga merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik.
            Individu yang seterusnya tiba ialah suzanti atau dipanggil santi. Santi juga merupakan gadis kelahiran Sabah iaitu dari daerah tenom yang kini bermastautin di daerah telupid yang mengambil masa lima jam dari kota kinabalu. Santi merupakan individu yang baik hati, peramah dan bertimbang-rasa orangnya. Dia mengambil kos sains sukan di UMS ini. Walaupun santi bukanlah seorang atlet, namun ciri seorang atlet itu ada padanya iaitu semangat yang kuat dan pantang menyerah. Santi merupakan anak ke –tiga daripada enam orang adik-beradik. Senyuman yang paling manis adalah milik gadis ini. Telefon merupakan harta yang paling penting dalam hidupnya. Kerahmahan gadis ini adalah amat nyata sekali terutama sikap yang berterus-terang itu semua merupakan identity gadis ini. Shopping merupakan hobinya sehinggakan satiap kali keluar sama ada ke 1B ataupun ke Bandar Kota Kinabalu, pasti pakaian dan kasut merupakan barangan yang dicarinya.
            Pada hari kedua pendaftaran, Mas Ayu merupakan penghuni terakhir yang sampai. Ayu merupakan anak kelahiran Terengganu ini, pada awalnya merupakan seorang yang pendiam namun dia sebenarnya merupakan seorang yang agak manja dan berterus_terang adalah dia. Bidang yang menjadi hidupnya di UMS ini ialah bidang geologi. Kajian yang paling penting dalan kosnya ini ialah kajian mengenai batu dan bentuk muka bumi. Ini secara tidak langsung mengambarkan sifatnya yang seperti batu dalam kata yang lain, kukuh dan kental. Ayu merupakan seorang gadis yang sangat kental dan kuat sabarnya. Walaupun manja, namun dia seorang yang sangat berdikari. Ayu mementingkan akan kesihatan diri terutamanya dalam aspek pemakanan. Dia juga merupakan seorang yang sangat ceria dan paling bersemangat sekali terutama dalam melakukan perkara-perkara yang baru. Anak ketiga daripada lima orang adik-beradik.

Pada awal pertemuan ini, keempat-empat mereka merupakan individu yang sangat jauh dan masing-masing membuat hal dan perangai masing-masing. Namun keadaan ini berubah setelah masa yang diatur berjalan demi mengikat tali persahabatan ini. Persahabatan yang terjaling tidak berapa lama kemudian menjadikan mereka sebagai sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia. Perkongsian kehidupan, cerita, duka dan gembira menjadikan bilik satu, rumah lima ini sebagai sebuah tempat yang layak dipanggil rumah seperti rumah sendiri. Kenangan demi kenangan tercipta hasil daripada perkongsian kehidupan ini. Dalam mengejar sebuah gelaran gaduan yang Berjaya, masing-masing berusaha dan terus berusaha dalam mencari sebuah kehidupan di masa hadapan...

No comments:

Post a Comment