2015
sudah lebih sebulan lalu angka ini menghiasi kertas-kertas kelender harian. Adalah menjadi adat apabila masuk sahaja tahun baru, azam pun kenalah baru...
tahun ini, azam aku macam tiada nie... emm... kejap aku nak cipta dulu...
beberapa minit kemudian....
ok, penat aku pikir... azam nya tak terjumpa idea gila pula yang muncul... hehe
ahhh... penat la mau pikir ambil jak azam lalu...(azam yang tidak perna tercapai hahahaah)
tahun ini aku nak rasa pindah rumah baru... aku dah bosan duduk rumah lama. Bukan sebab keadaan rumah sebenar, tapi yang aku maksudkan persekitaran yang ada dalam pikiran aku nie..
Aku nak sentiasa bertanggapan positif...
Azam dah pikir.. ok pas tue aku nak buat senarai yang aku nak lakukan. Macam banyak ja yang aku nak buat nie.. emmm.....
pikir lagi beberpa minit..
jua sudah...
1. Aku nak tengok smua crita anime yang aku ada ..
2. Aku nak belajar memandu. Ada rezeki nak dapatkan lesen memandu...
3. Aku nak menikmati zaman remaja ini engan penuh keseronokan dan ketawa bersama shabat setia yang nakal...
4. Aku nak main sepuasnya dengan baby ca.....
5. Aku nak jdi kaya..
6.aku nak buat semua yang best-best gan kwn aku...
k, penat aku taip... hehehe.. pren yang lain sila ambil perhatian dan mari kita warnai tahun in dengan bahagia bersama....
dan untuk family aku, nantikan kejutaan dari diri ini.... heheeh5g
Tuesday, 17 February 2015
Saturday, 3 January 2015
CERITA SUATU KETIKA DULU
Keindahan
pada pagi jelas terpancar sewaktu tingkap disingkap dari arah dalam. Cahaya
bilik yang tadinya kelam bertukar cerah apabila cahaya pagi berlumba-lumba
memasuki kamar hostel yang dihuni bersama oleh empat remaja tahun pertama.
Kelihatan seorang gadis berbaju tidur berwarna hijau bercorak snoopy sedang
duduk di meja belajar sambil mengetik-getik punat-punat telefon. Ketika cahaya
menyilau memesuki ruang bilik, dia sempat mengecilkan matanya tanda silauan
cahaya menusuk metanya. Seorang gadis lagi yang tadinya membuka tingkap pula
dilihat kini sudah kembali kearah katil, dia seterusnya mencapai selimut lalu
mengemasnya.
“jam berapa sekarang santi?” Tanya
gadis yang sedang melipat dengan pakaian tidur bercorak Winnie the Pooh yang
berwarna ungu.
“jam lapan,sue.” Tanpa menoleh gadis
yang tadinya dipanggil santi itu menjawap.
“jam berapa kita mahu jalan nie?”
Tanya sue yang kini sudah selesai dengan kerja mengemas katil. Begitulah rutin
seorang pelajar tanpa mengharapkan orang lain kena belajar berdikari
terutamanya saat kini yang jauh dari ahli keluarga masing-masing.
“entah, diorang itu belum bangun.”
Lapor santi
“kau kasi bangun c-hada, aku kasi
bangun c-ayu.” Tanpa menungu sikit masa lagi, gadis berbaju ungu itu segera
mengejutkan gadis yang bernama ayu yang sedang nenyak tidur.
“ayu, bangun” kejutnya dengan
perlahan. Namun ayu yang memang terkenal dengan tidur matinya itu sangat sukar
untuk dibangunkan.
“hada, bangun” santi yang madih
duduk cuba menggerakkan tubuh hada yang tidak sampai semeter jauh darinya. Hada
yang berpakaian tidur yang sama jenisnya dikalangan mereka pula bercorak miniey
berwarna biru itu memang mudah untuk dikejutkan sudah membulatkan matanya. Lain
pula kisahnya dari ayu kini masih tidur.
“ayu bangunlah jam lapan sudah, jom
jalan.” Dengan perlahan-lahan ayu mengeliat sedikit, itu adalah tanda dia masih
belum sedar sepenuhnya. “ayu, bangun!” dengan suara yang agak dikuatkan sedikit
dengan harapan gadis yang berbaju merah bercorak mikey itu bertapak di bumi
nyata kembali dari peraduan yang panjang. Siapa sangka, akhirnya Ayu berjaya
membuka matanya sambil menganguk kecil manandakan dia sudah bangun.
Gadis yang berbaju ungu itu kemudian
mencapai tuala sambil melangkah kearah bilik air yang terletak berhadapan
dengan pintu bilik mereka. Dia kemudian
diikuti oleh santi, ayu dan hada.
Pagi yang harmoni itu jelas
terpancar sekali lagi. Persahabatan, kasih-sayang dan harapan telah dilemparkan
oleh keempat-empat gadis yang berlainan latar belakang dalam persahabatan yang
mereka bina. Segalanya bermula pada hari bulan keramat iaitu pada satu
September tahun dua ribu tiga belas. Ketika itu ramai pelajar baharu yang mulai
mendaftar setelah bertungkus-lumus
belajar demi menempatkan diri dalan university yang tercantik di asia ini.
Diantara ramai pelajar yang datang,
antaranya adalah empat gadis yang berjodoh kerana telah ditempatkan dalam bilik
yang sama. Angkah kod yang terpapar pada skrin computer sewaktu pendaftaran
kemasukan on-line ternyata telah menjadi tali pengikat bagi mereka. Kod
A3-02-05-01, University Malaysia Sabah.
Individu yang pertama sampai dalam
bilik satu rumah lima ini ialah Suhaima atau lebih dikenali sebagai sue. Sue
merupakan gadis kelahiran sabah yang berasal dari daerah Beluran yang jaraknya
dari kota kinabalu kira-kira enam jam. Sue merupakan anak sulung daripada empat
orang adik-beradik, keadaan ini menjadikannya memegang jawatan sebagai ketua
bilik lima. Sue juga sering berkelakuan seperti seorang ibu kepada ahli bilik
yang lain. Ketawa dan makan merupakan hobinya yang paling penting sekali.
Sehinggakan tiba masa makan, sue adalah orang yang paling rajin sekali untuk
turun dan memilih makanan yang ingin dibeli. Selain itu, sue juga merupakan
seorang yang sangat suka bercakap oleh itu bidang komunikasi merupakan kos yang
paling tepat dengan dirinya ini.
Individu kedua yang sampai ialah
seorang gadis yang memakai tudung bidang enam puluh. Walaupun bagitu, dia yang
bernama Siti Nurhada atau dipanggil hada merupakan seorang yang berperwatakan
agak brutal sedikit. Dengan susuk tubuh yang tinggi menjadikannya orang kuat
rumah. Namun begitu, hada merupakan seorang yang sangat lembut hatinya, dia
mudah menangis walaupun dia menahannya namun itulah yang menjadikannya seorang
yang sangat teristemewa dalam bilik ini. Anak gadis kelahiran perak ini, amat
sukakan bidang nombor. Keadaan ini juga yang menjadikan kos metematik ekonomi
sebagai didangnya di UMS ini. Hada berperanan sebagai bendahari bagi rumah lima.
Hada juga merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik.
Individu yang seterusnya tiba ialah
suzanti atau dipanggil santi. Santi juga merupakan gadis kelahiran Sabah iaitu
dari daerah tenom yang kini bermastautin di daerah telupid yang mengambil masa
lima jam dari kota kinabalu. Santi merupakan individu yang baik hati, peramah
dan bertimbang-rasa orangnya. Dia mengambil kos sains sukan di UMS ini.
Walaupun santi bukanlah seorang atlet, namun ciri seorang atlet itu ada padanya
iaitu semangat yang kuat dan pantang menyerah. Santi merupakan anak ke –tiga
daripada enam orang adik-beradik. Senyuman yang paling manis adalah milik gadis
ini. Telefon merupakan harta yang paling penting dalam hidupnya. Kerahmahan gadis
ini adalah amat nyata sekali terutama sikap yang berterus-terang itu semua
merupakan identity gadis ini. Shopping merupakan hobinya sehinggakan satiap
kali keluar sama ada ke 1B ataupun ke Bandar Kota Kinabalu, pasti pakaian dan
kasut merupakan barangan yang dicarinya.
Pada hari kedua pendaftaran, Mas Ayu
merupakan penghuni terakhir yang sampai. Ayu merupakan anak kelahiran
Terengganu ini, pada awalnya merupakan seorang yang pendiam namun dia
sebenarnya merupakan seorang yang agak manja dan berterus_terang adalah dia.
Bidang yang menjadi hidupnya di UMS ini ialah bidang geologi. Kajian yang
paling penting dalan kosnya ini ialah kajian mengenai batu dan bentuk muka
bumi. Ini secara tidak langsung mengambarkan sifatnya yang seperti batu dalam
kata yang lain, kukuh dan kental. Ayu merupakan seorang gadis yang sangat
kental dan kuat sabarnya. Walaupun manja, namun dia seorang yang sangat
berdikari. Ayu mementingkan akan kesihatan diri terutamanya dalam aspek
pemakanan. Dia juga merupakan seorang yang sangat ceria dan paling bersemangat
sekali terutama dalam melakukan perkara-perkara yang baru. Anak ketiga daripada
lima orang adik-beradik.
Pada awal pertemuan ini, keempat-empat mereka merupakan
individu yang sangat jauh dan masing-masing membuat hal dan perangai
masing-masing. Namun keadaan ini berubah setelah masa yang diatur berjalan demi
mengikat tali persahabatan ini. Persahabatan yang terjaling tidak berapa lama
kemudian menjadikan mereka sebagai sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.
Perkongsian kehidupan, cerita, duka dan gembira menjadikan bilik satu, rumah
lima ini sebagai sebuah tempat yang layak dipanggil rumah seperti rumah
sendiri. Kenangan demi kenangan tercipta hasil daripada perkongsian kehidupan
ini. Dalam mengejar sebuah gelaran gaduan yang Berjaya, masing-masing berusaha
dan terus berusaha dalam mencari sebuah kehidupan di masa hadapan...
Thursday, 18 December 2014
KUNING
Kuning merupakan warna kegemaran aku... walaupun kuning merupakan warna yang terang namun itu bukan halang untuk aku tidak menyukai warna ini.
Warna ini terang dan riang yang sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan keamanan, ia juga melambangkan kerabat diraja terutamanya di bahagian asia tenggara.
Ada pelbagai warna kuning antaranya ialah kuning air, kuning gading, kuning langsat, kuning pisang masak, kuning muda dan kuning tua.
Warna ini bukanlah warna yang aku minat sejak kecil lagi, tapi apa boleh buat, warna ini macam ada jodoh dengan aku.
JODOH??.. em... ceritanya aku juga macm yang lain, warna ini kan terang. aku indak suka menyerlah, tapi entah kenapa sejak dari kecil lagi aku akan sering dapat yang kuning sahaja. Contohnya, rumah sukan kuning, bilik warna kuning, alatan sekolah kuning, dan macam-macm lagi lah....
So start dari itu lah aku mulai menjiwai kuning sebagai warna pilihan... Ok sekarang aku obses dengan warna ini..
Kalau boleh semua pakaian yang ada unsur kuning aku beli, kasut kuning mesti comel ja aku tengok, yang kuning-kuning aku cari, kalau tak ada baru aku cari warna kedua coklet, kalau tak ada jugak oren pun boleh.
Nak tahu tak? kuning pada zaman dahulu, hanya golongan diraja sahaja yang boleh pakainya, terutamanya di negara China. sedangkan seorang Maharaja lagenda China yang pertama digelar 'Maharaja Kuning' atau 'Huang Di'. dahulu juga seorang ratu terakhir nagara Patani juga dikenali sebagai 'Ratu Kuning' atau nana Thailandnya 'Phra Nang Chao Ying'.
Ada peribahasa dahulu meyatakan tenteng warna ini. dikongsikanlah;
"Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang" bermakna mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian.
"Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan" bermakna mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu lagi, keuntungan kecil yang telah pasti dilepaskan.
Dalam budaya Arab, adalah frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat". Senyuman kuning digunakan apabila dia itu kurang minat, ketakutan, ataun ingin berahsia. kekadang juga digunakan sebagai jenaka, melalui senjaga membuat "senyuman dibuat-buat" sewaktu seseorang menceritakan jenaka yang tak lucu atau jenaka yang banyak kali diulang, atau mahu buat orang lain ketawa terhadap sesuatu yang tidak lucu. Sering juga aku senyuman kuning nie terutamanya jaga hati kawan dan orang tua.
Terdapat juga frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sewaktu anda tidak berasa sesuatu jenaka yang diceritakan adalah lucu, atau sewaktu jenaka itu ditujui terhadap anda @ anda sedang disindir...
well, banyak juga info aku jumpa kan semua ini dari 'tanya lah mr.google'.. semua ini menarik untuk dikongsi dengan kawan semua... ok... krik-krik-krik.... Ok bye..
Warna ini terang dan riang yang sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan keamanan, ia juga melambangkan kerabat diraja terutamanya di bahagian asia tenggara.
Ada pelbagai warna kuning antaranya ialah kuning air, kuning gading, kuning langsat, kuning pisang masak, kuning muda dan kuning tua.
Warna ini bukanlah warna yang aku minat sejak kecil lagi, tapi apa boleh buat, warna ini macam ada jodoh dengan aku.
JODOH??.. em... ceritanya aku juga macm yang lain, warna ini kan terang. aku indak suka menyerlah, tapi entah kenapa sejak dari kecil lagi aku akan sering dapat yang kuning sahaja. Contohnya, rumah sukan kuning, bilik warna kuning, alatan sekolah kuning, dan macam-macm lagi lah....
So start dari itu lah aku mulai menjiwai kuning sebagai warna pilihan... Ok sekarang aku obses dengan warna ini..
Kalau boleh semua pakaian yang ada unsur kuning aku beli, kasut kuning mesti comel ja aku tengok, yang kuning-kuning aku cari, kalau tak ada baru aku cari warna kedua coklet, kalau tak ada jugak oren pun boleh.
Nak tahu tak? kuning pada zaman dahulu, hanya golongan diraja sahaja yang boleh pakainya, terutamanya di negara China. sedangkan seorang Maharaja lagenda China yang pertama digelar 'Maharaja Kuning' atau 'Huang Di'. dahulu juga seorang ratu terakhir nagara Patani juga dikenali sebagai 'Ratu Kuning' atau nana Thailandnya 'Phra Nang Chao Ying'.
Ada peribahasa dahulu meyatakan tenteng warna ini. dikongsikanlah;
Dalam budaya Arab, adalah frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat". Senyuman kuning digunakan apabila dia itu kurang minat, ketakutan, ataun ingin berahsia. kekadang juga digunakan sebagai jenaka, melalui senjaga membuat "senyuman dibuat-buat" sewaktu seseorang menceritakan jenaka yang tak lucu atau jenaka yang banyak kali diulang, atau mahu buat orang lain ketawa terhadap sesuatu yang tidak lucu. Sering juga aku senyuman kuning nie terutamanya jaga hati kawan dan orang tua.
Terdapat juga frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sewaktu anda tidak berasa sesuatu jenaka yang diceritakan adalah lucu, atau sewaktu jenaka itu ditujui terhadap anda @ anda sedang disindir...
well, banyak juga info aku jumpa kan semua ini dari 'tanya lah mr.google'.. semua ini menarik untuk dikongsi dengan kawan semua... ok... krik-krik-krik.... Ok bye..
Monday, 15 December 2014
CEMBURU
Cemburu sememangnya
satu perasaan yang wajib kita rasai sebagai seorang manusia yang normal. Cemburu
akan kita rasai apabila orang lain mendapat lebih daripada kita. Malah cemburu
juga bolah terjadi pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
Orang
kata “cemburu tanda sayang”, benarkah?.
Cemburu merupakan fikiran negatif dan
perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh
seseorang, ini merujuk pada hubungan manusia. Cemburu juga gabungan emosi yang
ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat.
Setiap
manusia merasa cemburu, begitu juga aku. Kadang-kala cemburu itu datang tanpa
diundang. Bukan kita mahu, tapi apabila seseorang itu lebih daripada kita maka
kita akan cemburu.
Secara
jujurnya, setiap hari aku merasa cemburu. Tapi cemburu itu tidak boleh dilayan
tiap masa. Kalau layan alamatnya rugi la kita….
Ada
satu ketika, aku cemburu pada kawan baik sendiri. Sebabnya dia lebihkan orang
lain daripada aku. Antaranya dia berahsia tentang masalahnya tapi kawan lain
sudah tahu. Sedih itu cemburu…
Ada
juga kisah saat dulu, apabila kawan sebelah meja menangis dan kawan-kawan yang
lain memujuk. Lihat perhatian yang diberikan kepadanya, rasa seperti ingin
nangis juga seperti dia… ingin perhatian itulah cemburu.
Kisah
ini pula pada terjadi saat makan bersama rakan beramai-ramai. Saat itu main
permainan botol. Dendanya, sesiapa yang kena pada muncung mulut botol akan
menjawap soalan yang diberikan dengan jujur. Permainan ini mudah. Sedang merasa
seronok. Adalah seorang kawan lelaki ini tiba gilirannya. Soalannya “siapakah
yang anda suka?”. Pemuda itu menjawab sambil berteka-teki. Sedang dia berikan
jawapan. Hati melompat ingin nama sendiri yang disebut tapi itu hanya hayalan…
angan itu menjemput cemburu.
Biasalah
setiap orang ada perasaan cemburu. Tapi benar, saat kita dicemburui oleh orang
lain secara melampau, saat itu kita ingin melompat dari jendela (acah jak). Tapi
sesiapa yang perna merasa perasaan ini, pasti faham apa yang aku cuba
sampaikan.
Saat
itu, kita seolah-olah merasa diawang-awangan secara nyata!. Merasa jelingannya,
tangisnya, tawanya dan segala perlakuannya, semuanya sangat menakutkan!. Betul….
Extreammm….. cemburu itu menakutkan.
Tapi ini semua perlakuan normallah. Siapa yang
tidak perna merasa cemburu? Angkat kaki. Hehehee.. silap-silap kening anda yang
terangkat… ok baiklah… kopi-kopi dulu, k bye. Jangan jeles…..
Wednesday, 26 November 2014
BABY CA
Buat pertama kalinya aku menyayangi sesuatu dengan dalam. Bagi orang
lain ya mungkin aku gila, tapi ini memang sesuatu yang menggilakan.
BABY CA adalah anugerah dari ilahi yang paling best perna aku
dapat. Memang banyak keistemewaan yang Allah S.W.T bagi kat aku dan aku
bersyukur…Namun kali ini memiliki Baby Ca adalah yang paling terbaik lah. Heheheh..
Setiap manusia pasti tidak perna sabar
untuk sesuatu yang dididamkan kan? Begitu juga aku. Aku ingin semua orang tahu
apa yang aku rasa, lihat, sentuh termasuklah perasaan ku. Bukan kesedihan yang
aku mau kongsikan, cukup apa-apa benda yang seronok aku rasa aku perlu bagi
dunia tahu.
Setiap keseronokan yang aku rasa pasti
aku ingin kongsikan kerana setiap senyuman yang aku ukir aku harap ada insan
yang diluar sana yang bahagia dan tersenyum kembali. Bukankah senyuman itu satu
sedekah?
Aku sedikit merasa takut untuk luahkan
apa yang aku rasa namun sejak tahun kebelakangan ini, aku mulai merasa yang aku
perlu melihat dunia dengan cara aku sendiri. Dengan itu aku curi prinsip ini “kalau
bukan aku siapa lagi?, kalau bukan sekarang bila lagi? Hidup hanya sekali, ini
kali pasti!".
Dari itu aku mulai mengukir kenangan
aku sendiri serta mencari apa yang aku inginkan. Aku bukan seorang yang punya
cita-cita, tapi aku punya impian yang paling besar dalam hidup ini. Aku ingin
MENJADI KAYA…
Itu impian yang paling besar, dan tiap
hari aku akan ada perkara yang aku ingin capai tiap masa. Aku jenis yang
merancang secara awangan, tapi rancangan itu akan mudah berubah mengikut masa
dan mood aku.
Kembali dengan cerita Baby Ca, benda
ini adalah kesayangan aku. Aku nak kongsikan perasaan aku melalui apa-apa
medium. Gambar adalah salah satunya. Sejak dahulu lagi aku memang minat dengan
sesi photografi. Biasanya gambar yang aku ambil aku akan cuba masukkan cerita
tapi mesti gagal sebab gambar yang aku ambil mesti tak best.
Mungkin sebab aku guna kemera telefon
kot?. Aku tidak puas hati. Sakit hati apabila benda yang cantik tidak dapat aku
zahirkan seperti yang aku mahu.
Namun aku bersyukur sebab aku ambil
program komonikasi dan aku kena ambil khursus komunikasi foto. Bahagia bukan
main apabila pensyarah suruh beli kemera…
Bukan main aku pujuk mama dan papa
aku.heheh… dapatlah penambah kertas dalam dompet nie. Bukan menyusakan mak dan
bapak, tapi cikit ja. Bila lagi kan aku mau dapatkan benda nie. Malu tak kot,
mama dan papa aku sayang la aku walaupun aku anak sulung. Hehehe…
Duit pinjaman PTPTN aku guna, makan pasir juga la satu semester
nie. Mungkin orang kata aku ini budak yang berlagak kaya. Memang aku miskin,
dan aku tidak suka susakan orang lain terutama mama dan papa aku. Lagipun setengah
harga aku berkerja sambilan sementara. Biarlah apa orang kata, kita takkan
kemana kalau asik nak ikut kata orang saja.
Sebagai pelajar duit memang keutamaan itu sebab aku mau jadi ‘kaya’…
cikit duit tapi kaya kasih dan sayang. Dengan harga yang ditawar oleh pensyarah
kami sendiri harga Baby Ca terkurang lah. Apa lagi kes mampu milik takkan mahu
lepaskan.
Terketar tangan juga apabila memegang tunai yang sedikit tebal. Tapi
tangan tambah terketar apabila menyambut kelahiran Baby Ca dari tangan
penjualnya.
Bermulah lah episode Baby Ca sebagai ‘Baby new born’ aku. Sejak hari
itu mana perna aku tidak merasa gembira andai idaman kalbu berada di tangan
kan?.
Seminggu kemudian aku balik kampung. Saat mama dan papa melihat ‘cucu’
mereka yang pertama… heheheh.. mama dan papa happy jak.
Suka tengok mama dan papa tidak marah. Selama ini aku sudah buat
yang terbaik untuk menjadi anak dan kakak dalam keluarga aku. Sedih sebenarnya
melihat senyuman papa yang penat mencari sesuap nasi dan mama menyuap makanan
kepada kami.
Aku nak bagi sesuatu yang besar pada mereka kelak… impian ini
sudah lama tapi belum berkarat lagi… aku harap dengan aku di sini aku dapat
segulung ijazah dan dapatlah meningkatkan nombor dalam akaun mereka apabila aku
kerja kelak. Dan aku nak bagi sebiji rumah bangle kepada mereka… dan aku jaji
akan jadi anak yang sentiasa taat dan solehah, insyallah.
Setiap ketik gambar aku ambil saat berada di kampung. Bestnya bukan
main, mama siap suruh aku ambil segala pokok buah yang tumbuh di halaman. Papapun
nak tumpang sekaki dengan memperagakan ayam dan burung merpati peliharaannya.
Petang itu begitu seronok dengan mama dan papa. Baby Ca adalah
salah satu benda yang aku dapat dengan susah namun, ianya juga adalah tali baru
yang menghubungkan aku dengan mama dan papa ku.
Monday, 27 October 2014
KELUARGA
Sepi. Ya itu aku rasa apabila diri berada di jauhan, bukan kehendak namun terpaksa. Aku rindu pada keluarga yang jauh. Saat-saat kenangan yang manis menjelma meyingkap tubir mata, semua indah belaka. waktu itu bagai dunia turut menari bersama. Ketawa keriangan bagai waktu berputar terhenti menikmati saat itu. Adik berlari-lari bermain di tengah halaman luas tanpa penat mengejar bola bersama abang. atok dan nenek bermesra di bawah pohon mempelam, juadah ibu sedap terhidang, ketawa ayah menerjah awan. Semuanya begitu indah meyerbuh ingatan. Tidak lupa pada pondok usang yang tersergam indah walaupun lama namun ianya yang menjadi pelindung bertahun lamanya. tidak sabar untuk kembali menerjah ingatan di halaman dan rumah usang itu lagi...
SAHABAT
Sememangnya tidak diduga apabila setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita berubah tiba-tiba. Kadang kala perubahan itu adalah baik tapi kekadang ianya juga membawa perkara yang tidak baik. Alangkah indahnya apabila memperolehi sahabat disisi. Bukan semua ku pinta andai ada sahabat yang dulu rapat kini jauh dari jangkauan. Aku paham semua ada kepentingan dalam hidup masing-masing dan tidak perna ada yang kekal. Namun setiap saat aku harungi adalah ku pinta andai ada jua yang disisi menemani dalam senyum mahupun sedih. Walaupun ada masanya aku jua melakukan kesalahan namun itu semua bukanlah suatu permainan yang sengaja ku atur. Maafkan aku sahabat andai ada kedukaan dan kelukaan sewaktu bersama ku. andai ada waktu dan ruang akan jua aku mencari dan tercari sahabat sekalian, pasti itu pun yang kalian lakukan padaku. Ingatanku pada kalian sentiasa bermain dalam ingatan dan menjadi memori indah buatku selamanya.
Subscribe to:
Comments (Atom)