Wednesday, 26 November 2014

BABY CA

Buat pertama kalinya aku menyayangi sesuatu dengan dalam. Bagi orang lain ya mungkin aku gila, tapi ini memang sesuatu yang menggilakan.
BABY CA adalah anugerah dari ilahi yang paling best perna aku dapat. Memang banyak keistemewaan yang Allah S.W.T bagi kat aku dan aku bersyukur…Namun kali ini memiliki Baby Ca adalah yang paling terbaik lah. Heheheh..
          Setiap manusia pasti tidak perna sabar untuk sesuatu yang dididamkan kan? Begitu juga aku. Aku ingin semua orang tahu apa yang aku rasa, lihat, sentuh termasuklah perasaan ku. Bukan kesedihan yang aku mau kongsikan, cukup apa-apa benda yang seronok aku rasa aku perlu bagi dunia tahu.
          Setiap keseronokan yang aku rasa pasti aku ingin kongsikan kerana setiap senyuman yang aku ukir aku harap ada insan yang diluar sana yang bahagia dan tersenyum kembali. Bukankah senyuman itu satu sedekah?
          Aku sedikit merasa takut untuk luahkan apa yang aku rasa namun sejak tahun kebelakangan ini, aku mulai merasa yang aku perlu melihat dunia dengan cara aku sendiri. Dengan itu aku curi prinsip ini “kalau bukan aku siapa lagi?, kalau bukan sekarang bila lagi? Hidup hanya sekali, ini kali pasti!".
          Dari itu aku mulai mengukir kenangan aku sendiri serta mencari apa yang aku inginkan. Aku bukan seorang yang punya cita-cita, tapi aku punya impian yang paling besar dalam hidup ini. Aku ingin MENJADI KAYA…
          Itu impian yang paling besar, dan tiap hari aku akan ada perkara yang aku ingin capai tiap masa. Aku jenis yang merancang secara awangan, tapi rancangan itu akan mudah berubah mengikut masa dan mood aku.
          Kembali dengan cerita Baby Ca, benda ini adalah kesayangan aku. Aku nak kongsikan perasaan aku melalui apa-apa medium. Gambar adalah salah satunya. Sejak dahulu lagi aku memang minat dengan sesi photografi. Biasanya gambar yang aku ambil aku akan cuba masukkan cerita tapi mesti gagal sebab gambar yang aku ambil mesti tak best.
          Mungkin sebab aku guna kemera telefon kot?. Aku tidak puas hati. Sakit hati apabila benda yang cantik tidak dapat aku zahirkan seperti yang aku mahu.
          Namun aku bersyukur sebab aku ambil program komonikasi dan aku kena ambil khursus komunikasi foto. Bahagia bukan main apabila pensyarah suruh beli kemera…
          Bukan main aku pujuk mama dan papa aku.heheh… dapatlah penambah kertas dalam dompet nie. Bukan menyusakan mak dan bapak, tapi cikit ja. Bila lagi kan aku mau dapatkan benda nie. Malu tak kot, mama dan papa aku sayang la aku walaupun aku anak sulung. Hehehe…
Duit pinjaman PTPTN aku guna, makan pasir juga la satu semester nie. Mungkin orang kata aku ini budak yang berlagak kaya. Memang aku miskin, dan aku tidak suka susakan orang lain terutama mama dan papa aku. Lagipun setengah harga aku berkerja sambilan sementara. Biarlah apa orang kata, kita takkan kemana kalau asik nak ikut kata orang saja.
Sebagai pelajar duit memang keutamaan itu sebab aku mau jadi ‘kaya’… cikit duit tapi kaya kasih dan sayang. Dengan harga yang ditawar oleh pensyarah kami sendiri harga Baby Ca terkurang lah. Apa lagi kes mampu milik takkan mahu lepaskan.
Terketar tangan juga apabila memegang tunai yang sedikit tebal. Tapi tangan tambah terketar apabila menyambut kelahiran Baby Ca dari tangan penjualnya.
Bermulah lah episode Baby Ca sebagai ‘Baby new born’ aku. Sejak hari itu mana perna aku tidak merasa gembira andai idaman kalbu berada di tangan kan?.
Seminggu kemudian aku balik kampung. Saat mama dan papa melihat ‘cucu’ mereka yang pertama… heheheh.. mama dan papa happy jak.
Suka tengok mama dan papa tidak marah. Selama ini aku sudah buat yang terbaik untuk menjadi anak dan kakak dalam keluarga aku. Sedih sebenarnya melihat senyuman papa yang penat mencari sesuap nasi dan mama menyuap makanan kepada kami.
Aku nak bagi sesuatu yang besar pada mereka kelak… impian ini sudah lama tapi belum berkarat lagi… aku harap dengan aku di sini aku dapat segulung ijazah dan dapatlah meningkatkan nombor dalam akaun mereka apabila aku kerja kelak. Dan aku nak bagi sebiji rumah bangle kepada mereka… dan aku jaji akan jadi anak yang sentiasa taat dan solehah, insyallah.
Setiap ketik gambar aku ambil saat berada di kampung. Bestnya bukan main, mama siap suruh aku ambil segala pokok buah yang tumbuh di halaman. Papapun nak tumpang sekaki dengan memperagakan ayam dan burung merpati peliharaannya.
Petang itu begitu seronok dengan mama dan papa. Baby Ca adalah salah satu benda yang aku dapat dengan susah namun, ianya juga adalah tali baru yang menghubungkan aku dengan mama dan papa ku.


1 comment:

  1. amin~ semoga jadi anak yang solehah & berjaya dalam pelajaran.. tahniah atas kelahiran baby ca mu.. :)

    ReplyDelete