Monday, 15 December 2014

CEMBURU

Cemburu sememangnya satu perasaan yang wajib kita rasai sebagai seorang manusia yang normal. Cemburu akan kita rasai apabila orang lain mendapat lebih daripada kita. Malah cemburu juga bolah terjadi pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
          Orang kata “cemburu tanda sayang”, benarkah?.
Cemburu merupakan fikiran negatif dan perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, ini merujuk pada hubungan manusia. Cemburu juga gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat.
          Setiap manusia merasa cemburu, begitu juga aku. Kadang-kala cemburu itu datang tanpa diundang. Bukan kita mahu, tapi apabila seseorang itu lebih daripada kita maka kita akan cemburu.
          Secara jujurnya, setiap hari aku merasa cemburu. Tapi cemburu itu tidak boleh dilayan tiap masa. Kalau layan alamatnya rugi la kita….
          Ada satu ketika, aku cemburu pada kawan baik sendiri. Sebabnya dia lebihkan orang lain daripada aku. Antaranya dia berahsia tentang masalahnya tapi kawan lain sudah tahu. Sedih itu cemburu…
          Ada juga kisah saat dulu, apabila kawan sebelah meja menangis dan kawan-kawan yang lain memujuk. Lihat perhatian yang diberikan kepadanya, rasa seperti ingin nangis juga seperti dia… ingin perhatian itulah cemburu.
          Kisah ini pula pada terjadi saat makan bersama rakan beramai-ramai. Saat itu main permainan botol. Dendanya, sesiapa yang kena pada muncung mulut botol akan menjawap soalan yang diberikan dengan jujur. Permainan ini mudah. Sedang merasa seronok. Adalah seorang kawan lelaki ini tiba gilirannya. Soalannya “siapakah yang anda suka?”. Pemuda itu menjawab sambil berteka-teki. Sedang dia berikan jawapan. Hati melompat ingin nama sendiri yang disebut tapi itu hanya hayalan… angan itu menjemput cemburu.
          Biasalah setiap orang ada perasaan cemburu. Tapi benar, saat kita dicemburui oleh orang lain secara melampau, saat itu kita ingin melompat dari jendela (acah jak). Tapi sesiapa yang perna merasa perasaan ini, pasti faham apa yang aku cuba sampaikan.
          Saat itu, kita seolah-olah merasa diawang-awangan secara nyata!. Merasa jelingannya, tangisnya, tawanya dan segala perlakuannya, semuanya sangat menakutkan!. Betul…. Extreammm….. cemburu itu menakutkan.

Tapi ini semua perlakuan normallah. Siapa yang tidak perna merasa cemburu? Angkat kaki. Hehehee.. silap-silap kening anda yang terangkat… ok baiklah… kopi-kopi dulu, k bye. Jangan jeles…..

1 comment: